Saturday, November 20, 2010

Miss Them Already

Pada 15 November 2010, result EGTukar kluar....x sangka aku dapat pindah ke Selangor setelah 2 tahun di Daro, Sarawak. Happy but sad at the same time. Selama setahun jadi guru kelas 5D, buat aku sayang kat budak2 tu. Bukan setakat budak kelas 5D je tp hampir kesemua murid yg aku kenal. Dah 3 hari kat rumah, aku dah mula rindu kat diorg. So this post is about the kids dan kenangan bersama mereka.
The Boys Of 5Delima







The Girls Of 5 Delima


The Kids From Other Classes :



Dgn budak kelas 5 Berlian...si jejaka selalu kene jadi komandan Pengakap dgn paksa rela...hehehe





Budak ni dialog paling x akan aku lupe : "Cikgu, ada adik pompuan umur 12 tahun x? hehehe"


Banyak lagi gambo tp malas nk upload...internet lembab. hehehe....kalau aku rajin, aku upload di lain post. Sekian.


Wednesday, June 16, 2010

Puisi....


Oleh sebab xde idea nk update makanya aku nk kongsi puisi ini yg aku karangkan semasa di USM lg...mungkin aku akan cuba kembali aktif menulis puisi selepas ini...bagi aku puisi ni adalah cara aku utk meluahkan ape yg terpendam dlm hati aku ni...aku xde la terer dlm dunia sastera ni..hanya sbg tmpt aku meluahkan segalanya

Kawanku, kenapa kita perlu bertemu
Jika kita tahu kita akan berpisah
Kenapa perlu terjalin persahabatan
Andai kemesraan semalam terlerai sudah
Kenapa perlu ada ikatan
Andai kebahagiaan hari esok belum tentu milik kita

Kerna, kawanku, kita ditakdirkan bertemu
Untuk belajar, kawanku
Belajar mengenali dirimu
Setelah ku kenal dirimu
Baru ku tahu
Betapa istimewanya dirimu di hatiku
Betapa kehadiranmu membawa kesan kepadaku

Jika kita tidak bertemu
Mungkin aku tidak kenal erti persahabatan
Mungkin aku tidak tahu apa itu kawan

Terima kasih kawanku
Kau telah mengubahku
Menjadi insan yang lebih baik
Kau telah membuatku bahagia
Walau sebentar cuma pertemuan kita

Oleh itu kawanku
Jangan kau lupa saat manis kita bersama
Jadikan saat-saat itu sebagai satu kekuatan
Bagi menghadapi hari-hari kan datang

AWARD????

 

Terima kasih ku ucapankan kepada mom-to-be Iryd kerana telah sudi bg ini award kepadaku...tetapi layakkah ku??? Dah lame blog aku ni bersawang...pape pun layannnnzzz je la...hehehe

1. apa yang bermain difikiran anda sekarang nie?
tdo...sbb skang ni dh kul 2 a.m but mata ni x leh pejam sbb nk hupdate ini blog

2. apakah nama samaran anda?
Reen

3. berikan 3 org yg anda syg
mama, papa n my sisters...opppsss terlebih 3 sudah...arggghhh lantak la asal jawab

4. panggilan utk c dia
aku xde si dia...camne???

5. hadiah apa yg anda impikan drpd seseorg yg istimewa??
xde seseorg yg istimewa...sesiapa pun leh bg aku hadiah kan

6. blog manakah anda suka lawati?
my dear friends'

7. tagged kpd 10 rakan blog anda
tang ni harap maaf la...aku x dpt nk mengetag rakan2...ye la rakan2 blog pon leh kire dgn sebelah tgn je...hehehe

Sekali lagi terima kasih x terhingga kepada Iryd yg sudi bg award ni kt aku...dgn award ni maybe boleh membuat aku lebih rajin utk mengaktifkan blog aku ni...
lets wait n see.....

Monday, November 16, 2009

Kek Serawak...yum..yumm...

Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan kawan-kawanku ke rumah Kak Betty untuk belajar cara-cara membuat kek lapis Sarawak. Ingatkan nak belajar dari mula, rupanya dah sedia adunan tepung. Sifu kami iaitu Kak Nancy kata kalau belajar dari mula x tau siap bila. huh, memang payah nak buat kek ni. kalau yg dah expert sehari leh la dpt 4-5 biji kek. kalo aku, sebijik tu pun  rasenye kene buat 2 hari....hehehe...So hari ni, kami just belajar cara nak melapiskan kek lapis. Kami sempat buat Kek Lapis India, Kek Sisik Ikan, Kek Bakun, Kek Seri Balas dan juga roll cake. Meh kite tengok gambar yg dah aku amik..


Antara bahan yg digunakan untuk buat Kek Sisik Ikan



Adunan tepung yg dg dicampur warna



Sifu kami, Kak Nancy dengan sidekicknye



Ni ler rupenya Kek Lapis India yg 90% siap



Cucuk masam manis utk Kek Sisik Ikan


 
Isi Kek Lapis yg dipotong memanjang

 
Antara peserta kelas Kek Lapis Sarawak



Kek Sisik Ikan yang hampir siap

Susah gak nak buat kek lapis ni. Kene bakar layer by layer. Isi yg berwarna warni kene siap awal. Pastu baru leh sambungkan dengan kulit kek atas dan bawah dengan menggunakan jem. Cuti nanti nak try buat sebijik...kalo jadi leh la buat byk lg...Next post aku cuba jaya kongsikan resipinye ek. Gambo kek lapis yg dh siap x sempat nak amik. Sume peserta kelas kepeningan dan kepenatan walhal bukan kami yang buat...huhuhu...ni baru tgk, lom buat...kalo sendiri buat mau kepitaman :P  



Saturday, October 24, 2009

Sukan Antara Sekolah Peringkat Zon Daro

Akibat kepenatan di stadium td, aku malas nk karang ayat. korg tgk je lah gambo2 kt bwh ni ek.

Acara : Lompat Tinggi
Tarikh : 23 Okt 2009 (8.00 pg)


Budak C108 ni amat pandai melompat tinggi...ade harapan ni...yg lain plak suke men'interframe'kan diri

Acara : Sepak takraw
Tarikh : 23 Okt 2009 (8.00 pg)



Bg sepak takraw kami x menang, tgk ler muke bebudak ni sedih je..senyum pn kene pakse...
takpe tahun dpn kite cube lg ek


Yg ni plak pantang tgk kamera, x payah nk pakse senyum

Acara : Bola Jaring
Tarikh : 23 Okt 2009 (2.30 ptg)

Bg bola jaring plak kami dpt no 2...kalah dgn SK Hijrah Badong 5 -3

Acara : Bola Sepak

Tarikh : 23 Okt 2009 (2.30 ptg)

Kami x menang acara bola sepak ni...gambo kt atas ni mase final antara SK Tebaang n SK Hijrah
Amik gambo ni pn sbb ade budak injured kt situ, so terpakse gi (aku AJK Kecemasan...huhuhu)
Tgk ler smp ptg x abis lg, memandangkan nk dkt Maghrib, terpakse buat penalti je..SK Hijrah johan


Acara : Olahraga

Tarikh : 24 Okt 2009 (8.00 pg)
Venue: Stadium Daro

Memandangkan aku bz jd AJK Kecemasan (xde la bz pn...sib baik xde yg cedera teruk) n tlg AJK Pendaftaran Peserta, aku x amik byk sgt gambo td. Aku jugak bz menyokong sehingga sakit tekakku kini..hehehe....


Anak Zuhaijah, Darwish namenye, xleh dok diam. Aku sempat amik gambo ni je...hehehe


Para atlit SKCD menayangkan medal memasing. Rasenye hampir sume dlm gambo ni dpt medal.


Salah seorg atlit SKCD menerima medal.


Mase ni kami dpt no 2 dgn 70 markah...keputusan akhir kami no 1 kot...xde keputusan rasmi lg

Suasana di Stadium Daro


Me n d Kids


Berakhirlah sudah Sukan Antara Sekolah. Pasni aku harus gi buat facial, udah itam dibuatnye...

THE END

Sunday, October 18, 2009

Suasana Di Hari Sukan SKCD

Minggu lepas sekolah aku buat Hari Sukan. Aku diserap masuk ke dalam Rumah Syahbandar. Ni ler first time dpt Rumah Sukan warna biru. Selama hidup ni dapat rumah merah, rumah kuning n rumah hijau je. Tp kt SKCD xde umah warna merah, hanya ada rumah oren (Bendahara), rumah hijau (Temenggung), rumah kuning (Laksamana) n rumah Syahbandar. Untuk pengetahuan umum, Rumah Syahbandar dpt no ke3. Walau ape2 pun, I'm very proud of u all SYAHBANDARIANS. Next year, KITA JUARA k. huhuhu

 
Acara : Merentas Desa
Tarikh :  9/10/2009 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi
Aku hanya sempat amik gambo sebelum acara dimulakan. Ini kerana aku bertugas di stesen 2 sebagai tukang bg kad pengesahan. Sape pemenang pn aku x sempat nak tau. huhuhuhu……

 Atas : Budak Tahap 1.
Bawah : Budak Tahap 2.



 Selepas acara Rentas Desa. KEMAN ( MAKAN).
Acara : Menghias Rumah
Tarikh : 9/10/2009 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg
Ptg Jumaat plak masa nk hias rumah masing2. Akak kat bwh ni sedang memikirkan corak ape nk buat. Org2 kt cni amat kreatif menganyam. Aku lupe plak nk amik gambo hasil tgn akak2 yg byk membantu menghias rumah Syahbandar.

 
Ni Rumah Syahbandar...sgt meriah
Acara : Hari Sukan
Tarikh : 10/10/2009
Masa : 7.00 pg
Hari yang dinanti-natikan. Perbarisan lintas hormat, acara padang dan acara olahraga diadakan pagi. Ptg plak sukaneka dan 4 x 100 meter. Seharian menjerit menyokong RUMAH SYAHBANDAR. huhuhu


Hiasan kepala utk ahli perbarisan lintas hormat. Ni tgh tggu baju dr sarikei.


 Erk...perut ku boncit la plak dlm gambo ni. Pg tu suasana amat mendung n hujan renyai. nasib baik hujan kejap jer.
GO SYAHBANDAR GO!!!

Some of the Syahbandarians yg nakal...huhuhu




Khoi (dpn sekali) n the geng.


Ketua murid , Hafies, sedang membaca ikrar sukan.

 
Acara sukaneka nak bermula
 



 
Anak Kak Kamisah yg comel...Iman
 



Anak jiran sebelah, Nur Hidayah a.k.a Ayut



Keputusan Keseluruhan :
Juara Bendahara (Hafies)
Naib Johan Temenggung (Awang Raden)
Ketiga Syahbandar (Shahrul Hisyam)
Keempat Laksamana

Acara : Malam Bakat SKCD
Tarikh : 10/10/2009
Masa : 8.00 mlm

Selepas mengeluarkan peluh di siang hari, kami telah mengwangikn diri di malam hari utk Malam Bakat plak. Acara dimulakan dgn Bintang Kecil. Hasil pemerhatianku, budak2 kt sini suke lagu Indon...dangdut pn ade. Sib baik x gelek cam Inul...huhuhu...gambo Bintang Kecil sume blur...x dpt la nk letak kt sini...Selepas Bintang Kecil, ade plak Ratu Fesyen...pun x sempat amik byk gambo tp Ratunye dpt la disnap semasa jalan. Rata2 peserta Ratu ni agak over dr segi pemakaian n make up. Mungkin disebabkan itu, mereka tidak dipilih sbg Ratu. Ratu Fesyen SKCD mmg layak ditabalkan Ratu, sbb bg aku dia lain dr yg lain dgn fesyen muslimah modennye, make up yg x over, cara jln yg mcm pro n senyuman yg menawan. Peserta lain takut nak senyum. Stage fright  kot. huhuhu






Ratu : Mariana


Abg kepada Ratu. Adik yg menang, abg plak yg over. Over tul Mamat ni.
Belakang Mamat tu plak Syafiq the cat lover, just like me..hehe

The End Of SKCD's Sports Day. Next week, sukan peringkat zon plak. Till next post, bubye